Followers




Assalamualaikum,Entri kali ni aku nak bercerita sedikit tentang hijrah atau erti kata lain perubahan didalam setiap muslim dan aku mengingatkan korang,aku tak main politik dalam ni,dan entri kali ni agak merapek sedikit,jadi korang yang dah keliru tu,buat2 tak keliru lah yeeer..haha
Kalau aku tanya korang lah makna hijrah itu,sudah tentu,siapa2 pun yang masih jahil akan mengatakan hijrah itu adalah berpindah dari suatu tempat ke tempat lain,dan aku akan kata betul sama sekali,kerana maksud hijrah yang pada mula2 kita kenal pun ialah dari peristiwa Nabi Muhammad s.a.w berpindah ke Madhinah atau Yathrib,tapi Hijrah yang aku hendak maksud ialah,perubahan yang berlaku dalam diri setiap muslim.

Tapi,maksud Hijrah telah disalah erti oleh Kafir Laknatuallah,dengan mengatakan Hijrah adalah maksud Melarikan diri,dan mengatakan Nabi Muhammad adalah perlarian ditanah air sendiri,memang agak biadap kata2 itu.Yahudi kan,nak buat macamana..
Okay lah,seperti sedia maklum,maksud Hijrah yang pertama ialah berpindah dari 1 tempat ke tempat lain,peristiwa di mana Nabi Muhammad s.a.w telah meninggal kan kota mekah setelah diperintahkan Allah s.w.t,kerana terdapat ancaman oleh pembesar2 Musyrikin Mekah,yang tidak putus asa hendak membunuh Nabi Muhammad,walaupun telah gagal beratus kali diatas percubaan tersebut,dan menurut buku agama yang aku baca,itu lah pertama kali berlakunya penghijrahan didalam dunia
Dan dalam penghijrahan Nabi Muhammad itu ada mesej atau maksud yang lain,iaitu,melakukan sesuatu perubahan pada diri sendiri,Agama,dan bangsa,serta Negara yang tercinta
Maksud pada diri sendiri ialah,kita merubah diri kita dari diri kita yang selama ni,asyik merokok,suka dajal kan orang,melawan cakap ibu bapa,pemalas,dan benda2 yang lagha dan perkara2 yang dosa,kepada seorang muslim atau muslimah sejati,iaitu meninggalkan semua perkara2 yang lagha dan berdosa ini,dan lebih mendekat kan diri kepada Allah,dan melakukan perkara2 yang disukai Allah s.w.t.
Pada Agama pula,kita hendak lah melakukan sesuatu untuk menaikkan imej Agama Islam,untuk ditonjol kan pada mata dunia,untuk membuktikan Islam adalah agama yang Indah,dan bukan lah agama yang selama ini mereka menganggap agama yang teruk,melahir kan pengganas(padahal,nak pertahan kan agama dan negara,dari pencerobohan luar,itu pun mereka kata pengganas),dan pelbagai lagi spekulasi orang2 yahudi laknatuAllah ni.Kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w dan Islam,mesti lah menunjukkan contoh yang terbaik kepada mereka,dan banyakkan bersabar,apabila dicemuh,tetapi jangan lah sampai mereka menghina Agama kita,itu memang nak tempah maut tu.
Pada bangsa pula,kita tengok,orang melayu sekarang ni lebih bangga menjadi bangsa Melayu dari bangga jadi umat Islam,sehinggakan,mereka anggap,Islam untuk melayu sahaja(macam yahudi laa,agama yahudi untuk bangsa yahudi sahaja),padahal Islam untuk semua,haiiz,apa lah nak jadi dengan bangsa ku sekarang ni,jika Islam dicemuh atau dihina,saya pelik,kenapa bangsa Melayu ni seperti senyap sahaja,hanya ada beberapa kumpulan sahaja yang marah dan ingin mempertahankan Islam,dan melakukan demonstrasi serta membuat fan page di facebook yang bertajuk "Rosmah Mansur hendak lah bertaubat kepada Allah dan meminta maaf kepada umat Islam seluruh dunia,kerana menghina Islam" begitu lah contoh nya,tapi bila bangsa Melayu dicemuh,pergh,boleh jadi 13 mei balik untuk kali kedua,erkk....Rosmah Mansur tu bini Najib Razak kan??,hahaha,sedang kan pemimpin yang konon2 nya mengaku Islam itu pun menghina Islam,ini pula orang bukan Islam,makin menjadi2 lah mereka menghina,alasan nya,kebebasan bersuara,kepala bana kau lah,kalau aku hina agama korang marah lak,dan bukan dalam kurungan Kebebasan Bersuara.okay2,ni bukan nya aku nak main isu perkauman dan politik ni,hanya selingan sahaja,okay2 kembali pada cerita,Orang yang dari bangsa Melayu hendak lah berhijrah atau berubah kepada yang dulu nya suka menghina bangsa lain dan ingat bangsa dia jer hebat dan mulia,dari Bangsa yang menghormati bangsa lain,dan menunjukkan sikap yang baik,agar bangsa lain melihat Bangsa Melayu ni bersopan,dan mudah dibuat kawan,haaa,itulah persepsi yang baik bukan,mereka bukan sahaja tertarik kepada bangsa Melayu sahaja,tetapi pada Agama Islam sekali,kerana Imej Agama terletak kepada bangsa juga,lagipun dalam Islam sendiri mengata kan,utama kan lah,Islam,Negara,,baru lah Bangsa,lihat lah,Bangsa di letakkan pada akhir sekali,bukan nya yang pertama.
Pada negara pula,maksud nya,ialah,mari kita merubah suasana politik negara kita(harap korang faham,aku cakap ni,bukan sebab niat politik,tapi ini hanyalah nasihat demi Islam),dari Pemerintah yang sekarang ni,suka berfoya2,melakukan kezaliman tanpa disedari oleh penyokong2 nya,malah melulus kan lesen kilang Arak,kilang rokok,pub2 hiburan,dan sebagainya,iaitu menggalakkan lagi rakyat nya melakukan maksiat,panorama atau suasana seperti ini amat memalukan,apabila kerajaan kita buat terang2,dan ini boleh menjatuh kan imej Tanah Melayu yang dikatakan Negara Islam,tetapi pemerintah nya,tak boleh pakai,Islam hanya dimulut,tapi Dajal tetap dihati.ini lah,pemerintah melayu kita yang sekarang,kita kena merubah kerajaan kita yang sekarang ni digelar Tentera Syaitan oleh Allah,kepada Pemerintah yang mengamalkan konsep Islam,dan melakukan mengikut Sunnah dan Al-Quran,dan sekarang ni,sudah jatuh HARAM mengundi Barisan Nasional,oleh majlis2 ulama',kerana perangai mereka yang mengejar duniawi bukan akhirat,MasyaAllah.(TIADA NIAT HENDAK MEMPOLITIKKAN PENULISAN,INI BERDASARKAN FATWA2,DAN FAKTA2)

Jadi ini lah dia maksud Hijrah atau Perubahan,pada era masa sekarang,sudah tiada lagi Hijrah yang seperti peristiwa Nabi Muhammad s.a.w lagi,tetapi hanya ada Hijrah dalam diri setiap muslim,jadi kepada pembaca2 Blog Mushi + Teddy,ni,mulakan lah hijrah anda,secara berperingkat-peringkat,supaya,hidup kita lebih berkualiti dari sekarang =)

Hari ni memang betul-betul menyeronokkan. Hari ni banyak benda yang aku dapat pelajari melalui pembedahan katak atau pun kita panggil juga sebagai frog dissection dalam bahasa Inggerisnya. Pada permulaannya, aku geli sedikit tapi lama kelamaan aku pulak yang pegang-pegang katak tu. So, dekat sini aku mahu kongsi dengan semua pembaca Mushi + Teddy.


Pada pemulaannya, semua perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Sebelum bedah katak tu, tanya dulu diri korang sama ada korang mampu tak nak tengok darah? Lepas tu, tanya diri korang,korang mampu tak nak bedah katak tu? Pastikan perasaan kasihan tu dibuang jauh-jauh untuk mengelakkan daripada experiment korang tak berjalan dengan lancar.

Kemudian, sediakan alatan dan keperluan yang diperlukan bagi experiment ini. Antara alatan yang patut digunakan ialah tweezers,pins,scissors,probe,scalpels,gloves and dissecting tray.Mula-mula korang kena letakkan katak dalam satu balang tanpa udara. Lepas tu, berikan katak-katak tu semua chloroform supaya dia pengsan. Katak tak dimatikan untuk melihat jantung dia berdegup. Kalau katak tu dah mati, sure la korang tak dapat nak lihat jantung dia berdenyut lagi.

Untuk keselamatan, guna gloves sebelum mulakan experiment ni.

frog anatomy
Apabila katak tu dah pengsan, baringkan katak tu atas dissecting tray. Make sure yang dissecting tray korang dah alas dengan aluminium foil dulu. Dengan segera terus pin kan kaki dia untuk mengelakkan dia dari meloncat. (Jangan jadi mcm kumpulan kawan aku. Katak tu sampai terbangun balik. Haha. Lepas tu terjerit-jerit takut.) Selepas tu korang start la mula menjadi doktor katak. Haha. Mula-mula kena gunting sedikit bahagian kulit dia yang dekat dengan bladder tu. Kemudian terus gunting kulit dia sampai dekat agak-agak tekak dia. Lepas tu. korang boleh la perhatikan yang katak ni rupa-rupanya tak de la banyak sangat darah. 

Lepas korang perhatikan bahagian capillaries dia. Korang start la gunting bahagian muscles and daging dia. Nanti korang dapat lihat jantung dia dan organ-organ dalaman katak yang lain seperti dalam gambar di atas tadi. Cikgu Biology aku,En. Alif suruh kami matikan katak tu. So, dengan lafaz bismillah kami potonglah jantung dia untuk bawa keluar dari badan dia. Pada mulanya, katak tu terloncat sedikit dari kedudukan dia sebab mungkin dia dah tahu ajal dia dah nak tiba.[Kesian dia... :'( ]

So, lepas bawa jantung katak tu keluar. Apa yang aku dapati, jantung katak tu still berdenyut walaupun bukan dalam badan katak tadi. Ada kawan aku kata alau jantungmanusia dalam keadaan seperti jantung katak ini kemungkinan akan still berdenyut untuk 15 minit.Tapi jantung katak tak pastilah pulak berapa lama boleh bertahan.Subhanallah. Itulah ciptaan yang sungguh unik buat kita, manusia ni. Walaupun kita dalam keadaan lena dan tidur, jantung kita sentiasa bekerja untuk mengepam darah ke seluruh badan kita. 

Okay! Berbalik pada topik asal kita. Jantung manusia dengan jantung katak ada perbezaannya. Jantung manusia mempunyai 2 atria dan 2 ventricle. Tapi, jantung katak ada 2 atria dan 1 ventricle. Darah yang beroksigen dan darah yang tidak beroksigen akan bercampur di dalam ventricle katak.Uniknya, walapun kedua-dua darah ni bercampur sekaligus di dlm ventricle, tetapi oksigen masih dapat di hantar ke seluruh sel dalam badan katak tersebut. Tetapi,cara ini kurang efisien.

Apabila korang dah selesai experiment tu, korang uruskan la bangkai katak tu elok-elok.bungkus dia dgn aluminium foil tadi dan buangkan dalam tong sampah. Jangan main campak mcm tu je dlm tong sampah. Lepas tu cuci peralatan dan tanggalkan gloves yang digunakan tadi. Gloves tu buang la. Jangan simpan pulak nak buat kenangan. Haha. Lepas tu, jangan lupa cuci tangan korang. Untuk mengelakkan dari apa-apa jangkitan dari katak.

So, sampai sini je la apa yang aku boleh kongsikan dengan semua pembaca blog ni. Lain kali aku update lagi dengan cerita-cerita yang lebih menarik. Terima kasih.

Oh,ya! Sebelum terlupa, aku tinggalkan semua pembaca dengan sebuah video tentang bagaimana frog dissection ni berlaku. So, good luck ya korang! =)



Hasil coretan,

Nabilah

Assalamualaikum,tajuk hari ni saya ingin menyentuh sedikit tentang April Fool day yang bakal disambut diseluruh dunia tidak lama lagi,oleh umat2 Islam yang jahil,dan seluruh umat manusia yang tidak beriman kepada Allah s.w.t,hari ini ialah dimana para2 belia ini akan menyedia kan bahan2 gurauan dan kezaliman untuk mengenakan rakan2,saudara mara,malah ibu bapa mereka sendiri
Semasa zaman aku bersekolah,tidak kira zaman sekolah rendah mahupun sekolah menengah,apabila tiba tanggal 1 April ini,pasti nya,diantara rakan2 aku sedang tersengih2 dengan menyediakan bahan2 yang diguna kan untuk melakukan kezaliman pada rakan2 mereka,iaitu dengan mengenakan mereka,dan diantara mangsa2 mereka ialah aku,aku pelik,bagaimana,mereka ada masa untuk mengingat hari2 yang macam ni,seperti Valentines Day tu,tapi bila tarikh2 peperiksaan,atau hari2 bersejarah Islam,tiada pula diantara 1 dari mereka yang ingat pun,tapi hari yang mengingat kan tentang kejatuhan kerajaan Islam cepat pula ingat,entah laa...

Kepada rakan2 aku yang diluar sana yang selama ni bangang nak mati,asyik memperdajal kan orang sampai berlaku nya episod berdarah tanpa sengaja,ni aku nak cerita sikit,kenapa April Fool Day,diharam kan disambut oleh umat Islam,ini kerana April Fool Day ini diingati sebagai kejatuhan yang dahsyat kerajaan Islam di Sepanyol,oleh orang2 Kristian yang Laknatuallah,Kerajaan Islam Sepanyol dulu dikatakan sangat kuat dan teguh,dan tidak mampu dikalah kan,di tembusi,apatah lagi dihancurkan oleh musuh2 Islam,pelbagai cara dan serangan yang kuat di laksanakan untuk melenyap kan umat Islam di Sepanyol,namun itu semua usaha-usaha itu dipatah kan oleh tentera Islam,mereka bersidang dan memikir kan apa yang patut dilakukan,akhir nya mereka menghantar perisik untuk mengetahui Kekuatan umat Islam di Sepanyol
Perisik2 tersebut berpura2 mempelajari tentang Islam,akhir nya mereka telah terjumpa 1 kekuatan yang ada pada umat Islam ketika itu,iaitu IMAN dan TAQWA,lalu segala maklumat2 itu dihantar kepada musuh2 Islam,lalu mereka merangka pelbagai strategi untuk melemah kan IMAN dan ketaqwaan umat Islam ketika itu,setelah sekian lama bersidang,mereka mendapat akal,lalu mereka menghantar,alcohol,muzik,dadah,dan pelbagai lagi untuk mengkhayal kan umat Islam
Strategi tersebut berkesan,dan dikesani,Iman umat Islam sudah tidak sekuat dan seteguh dulu,lalu mereka merancang untuk menyerang kembali Sepanyol untuk tujuan pembersihan Islam dari muka dunia ini.
Umat Islam diserang habis-habisan,Malang sekali,umat Islam tidak mampu untuk melawan kembali dan tidak dapat mempertahan kan diri mereka,Lalu seluruh Sepanyol jatuh ke tangan Kristian dari penguasaan Islam selama 800 tahun,dan daerah atau negeri yang terakhir yang ditawan ialah Grenada.
Kezaliman yang dilakukan kepada umat Islam ketika itu sangat dahsyat,jika tentera kristian ni menjumpai kaum muslimin,pasti diseksa dan dibunuh,sehingga memaksa kaum muslim melarikan diri.
Sehingga kan musuh Islam ini menawarkan peluang untuk meninggal kan Sepanyol,dengan memberi jaminan,mereka tidak akan diapa-apa kan dan telah disediakan kapal2 untuk mereka melarikan diri,pada mula nya kaum muslimin,curiga,namun akhirnya,setelah diulangkali pujuk dan beri jaminan baru lah sebahagian dari umat Islam itu pun akur,lalu mereka pergi ke pelabuhan yang terdapat kapal2 yang digunakan untuk mengangkut mereka,namun,itulah kesilapan terbesar umat Islam ketika itu,kerana,mereka rupa nya diperangkap.Semasa dalam perjalanan hendak ke pelabuhan,muncul sekumpulan tentera Kristian,lalu menyerang kumpulan Muslimin ini,dan membunuh setiap Muslimin yang berada disitu,termasuk orang2 tua dan bayi2,dan mereka membakar kapal2 yang dikata kan diguna untuk mengangkut kaum Mulimin,ada yang mengatakan air laut telah berubah menjadi merah,kerana darah2 kaum Muslimin yang dibunuh,tidak cukup dengan itu kampung yang berdekatan juga diserang dan dibakar,maka selesai lah proses 'pembersihan' yang mereka rancang selama ini.
Setelah peristiwa berdarah yang menyedihkan itu,seluruh kaum Kristian merayakan April Fool pada 1 April setiap tahun,bukan sahaja di Sepanyol,malah diseluruh dunia,apa yang menyedihkan,perayaan ini juga turut dirayakan oleh Umat Islam yang jahil,tanpa menyedari mereka merayakan,hari pembunuhan saudara2 mereka sendiri.
Kepada budak2 sekolah,mahupun yang sudah besar ni,henti2 kan lah merayakan hari yang datang nya dari Musuh Islam,kerana setiap perayaan,contoh nya Valentines Day yang lepas,adalah untuk memperingati kejatuhan kerajaan Islam,bukan sekadar tu jer aku nak nasihat,tapi aku nak nasihat,jangan lah korang melakukan kezaliman pada rakan2 korang,walaupun niat nak bergurau sekalipun,bukan apa,mula2 gurau,last2,orang yang menjadi mangsa cedera parah,atas perbuatan tidak bertanggungjawab korang yang bangang dan otak singkat ni,haiiihhh,aku harap,korang,sebelum melakukan sesuatu,fikir2 lah dulu,sebelum melaksanakannya,haha,okay laa,sampai disini sahaja coretan aku ni,nanti ada masa lagi aku akan update Blog Mushi + Teddy ni =) Assalamualaikum




About This Blog


Hello!
Blog ini dibuat khas untuk menceritakan tentang kami, iaitu saya,Nabilah dan Alif Afiq. Blog ini jugak boleh jadi tempat kami melepaskan geram dan juga tempat meluahkan pendapat dan bercerita benda-benda yang fun. Dekat sini kami nak kongsi pengalaman kami juga.

Lepak santai berborak sakan memang kerja kami.Hehe.

We love to talk a lot and laughing is our new policy.

Tik Tok

Blog Archive

Jom Sembang!



♪ ♫ ♬ ♪ ♫


Mushi & Teddy™ Inc Corp. Powered by Blogger.