Hari ni memang betul-betul menyeronokkan. Hari ni banyak benda yang aku dapat pelajari melalui pembedahan katak atau pun kita panggil juga sebagai frog dissection dalam bahasa Inggerisnya. Pada permulaannya, aku geli sedikit tapi lama kelamaan aku pulak yang pegang-pegang katak tu. So, dekat sini aku mahu kongsi dengan semua pembaca Mushi + Teddy.
Pada pemulaannya, semua perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Sebelum bedah katak tu, tanya dulu diri korang sama ada korang mampu tak nak tengok darah? Lepas tu, tanya diri korang,korang mampu tak nak bedah katak tu? Pastikan perasaan kasihan tu dibuang jauh-jauh untuk mengelakkan daripada experiment korang tak berjalan dengan lancar.
Kemudian, sediakan alatan dan keperluan yang diperlukan bagi experiment ini. Antara alatan yang patut digunakan ialah tweezers,pins,scissors,probe,scalpels,gloves and dissecting tray.Mula-mula korang kena letakkan katak dalam satu balang tanpa udara. Lepas tu, berikan katak-katak tu semua chloroform supaya dia pengsan. Katak tak dimatikan untuk melihat jantung dia berdegup. Kalau katak tu dah mati, sure la korang tak dapat nak lihat jantung dia berdenyut lagi.
Untuk keselamatan, guna gloves sebelum mulakan experiment ni.

Apabila katak tu dah pengsan, baringkan katak tu atas dissecting tray. Make sure yang dissecting tray korang dah alas dengan aluminium foil dulu. Dengan segera terus pin kan kaki dia untuk mengelakkan dia dari meloncat. (Jangan jadi mcm kumpulan kawan aku. Katak tu sampai terbangun balik. Haha. Lepas tu terjerit-jerit takut.) Selepas tu korang start la mula menjadi doktor katak. Haha. Mula-mula kena gunting sedikit bahagian kulit dia yang dekat dengan bladder tu. Kemudian terus gunting kulit dia sampai dekat agak-agak tekak dia. Lepas tu. korang boleh la perhatikan yang katak ni rupa-rupanya tak de la banyak sangat darah.
Lepas korang perhatikan bahagian capillaries dia. Korang start la gunting bahagian muscles and daging dia. Nanti korang dapat lihat jantung dia dan organ-organ dalaman katak yang lain seperti dalam gambar di atas tadi. Cikgu Biology aku,En. Alif suruh kami matikan katak tu. So, dengan lafaz bismillah kami potonglah jantung dia untuk bawa keluar dari badan dia. Pada mulanya, katak tu terloncat sedikit dari kedudukan dia sebab mungkin dia dah tahu ajal dia dah nak tiba.[Kesian dia... :'( ]
So, lepas bawa jantung katak tu keluar. Apa yang aku dapati, jantung katak tu still berdenyut walaupun bukan dalam badan katak tadi. Ada kawan aku kata alau jantungmanusia dalam keadaan seperti jantung katak ini kemungkinan akan still berdenyut untuk 15 minit.Tapi jantung katak tak pastilah pulak berapa lama boleh bertahan.Subhanallah. Itulah ciptaan yang sungguh unik buat kita, manusia ni. Walaupun kita dalam keadaan lena dan tidur, jantung kita sentiasa bekerja untuk mengepam darah ke seluruh badan kita.
Okay! Berbalik pada topik asal kita. Jantung manusia dengan jantung katak ada perbezaannya. Jantung manusia mempunyai 2 atria dan 2 ventricle. Tapi, jantung katak ada 2 atria dan 1 ventricle. Darah yang beroksigen dan darah yang tidak beroksigen akan bercampur di dalam ventricle katak.Uniknya, walapun kedua-dua darah ni bercampur sekaligus di dlm ventricle, tetapi oksigen masih dapat di hantar ke seluruh sel dalam badan katak tersebut. Tetapi,cara ini kurang efisien.
Apabila korang dah selesai experiment tu, korang uruskan la bangkai katak tu elok-elok.bungkus dia dgn aluminium foil tadi dan buangkan dalam tong sampah. Jangan main campak mcm tu je dlm tong sampah. Lepas tu cuci peralatan dan tanggalkan gloves yang digunakan tadi. Gloves tu buang la. Jangan simpan pulak nak buat kenangan. Haha. Lepas tu, jangan lupa cuci tangan korang. Untuk mengelakkan dari apa-apa jangkitan dari katak.
So, sampai sini je la apa yang aku boleh kongsikan dengan semua pembaca blog ni. Lain kali aku update lagi dengan cerita-cerita yang lebih menarik. Terima kasih.
Oh,ya! Sebelum terlupa, aku tinggalkan semua pembaca dengan sebuah video tentang bagaimana frog dissection ni berlaku. So, good luck ya korang! =)
Hasil coretan,
Nabilah
0 comments:
Post a Comment