Followers




Kucing........satu makhluk comel,pemalas tahap anjing(anjing yang betul rajin....),kuat makan,kuat tido,makan,tido,main,makan,tido,main....bla...bla...bla...ini lah identiti kucing yang sebenar,tidak macam kucing hutan dan kucing kuno,atau lebih tepat kucing sebelum zaman modern,mereka2 yang spesis macam ni rajin,mereka selalu berburu untuk  mendapat kan rezeki untuk anak2 dan kucing betina yang disayangi.....bukan macam kucing zaman sekarang,bila mintak makanan jer buat muka kesian lepas tu mengiau kuat2,lepas tu tamak haloba pulak tu,hangin aku tengok kucing modern ni,makan tu share2 laa,kalau habis tu tak apa laa juga,ni,asyik berlebih jer...lepas tu makanan tu lemau or basi...kucing2,apa laa perangai punya binatang....isy3...


Kalau korang lihat kucing betul2,korang akan lihat macam2 ragam mereka ni...ni ada contoh sikit



Kalau korang tengok gambar ni,korang akan dapat lihat,kucing ni,sedang melepak atas Air-conditioner,aku pelik betul,macamana dia boleh sampai kat atas tu,dan,dia pergi panjat penghawa dingin ni,pun semata2 nak tidur jer or melepak sambil memikir masa depan nya...
kawan ni,nampak kucing ni melepak atas penghawa dingin,terus dicapai nya Camera DSLR Nikon,dia tu,dan terus snap beberapa gambar,kucing ni yang perasan ada orang tangkap gambar dia terus buat gaya Raksaksa dalam Cerita Ultraman tu,......(chisss!,buat rosak gambar jer)



Yang sekor ni pulak,aku tak faham kenapa dengan otak nya...maybe,hari tu dia nak apply,jadi pemandu Monorail kat melaka tu...tapi mungkin pengarah syarikat Monorail kat Melaka tu tolak kot permohonan dia kot
mungkin,sebab hati nya kecewa,kerana permohonannya ditolak,terus dia mental dia tak sihat....
and,waaalaaa...jadi laa macamni,berangan jadi Monorail,dengan mengata kan dia adalah gerabak bagi syarikat Monorail Kucing the Cat,dan menanggap diri dia adalah salah 1 Tren Monorail tersebut...(suka hati kau laa dol the cat,asal kan kau bahagia)


Yang lagi sekor ni pulak,berangan dia ni Romeo,(alaaa romeo dalam cerita cinta Romeo and Juliet tu)...sampaikan bila jumpa kucing betina lain pasti akan cakap "hello,I'm Romeo",cheeehh,kebetulan laa pulak,time tu ada seorang photographer nak ambil gamba dia,sebab kan dia ni boleh tahan handsome laa juga,terus kucing poyo ni gi lari cari bunga yang ditanam ditepi jalan,dan,setelah menjumpai nya,dia terus pura2 mencium bunga tu,konon2 nak tunjukkan kat photographer tu,dia ni adalah seekor kucing yang macho dan romantik laa konon2 nya,maka photographer  itu pun tangkap laa gambar nya dengan muka tertahan2 menahan macho tu..

hahaha,sampai disini sahaja laa aku meroyan,dan merapu,sebenar nya banyak lagi contoh2 kucing gila yang perasan diri ni....tapi,disebab kan aku ni pemalas macam kucing gak,maka sampai sini je laa buat malam ni...ahahaha..
adioss~~....

BY:-Alif Afiq

                                  
("P" for Professional or Pro-driver??)


Baru tadi pulang dari ManduCekap Hi-Tech,memang bosan and bosan and bosan,tapi adalah sikit best nya,tu pun part masa dia nak tunjukkan basic2 untuk penjagaan kereta..
sebab nya penceramah nya or cikgu nya,pandai ambil hati student,dengan kata2 nya,tambahan lagi dengan ragam dan kerenah orang2 disitu..

Tapi kalau korang nak ambil lesen,sorang2,tak perlu laa risau takder kawan nak teman ke or bosan,kerana,sampai disana,korang akan dapat kawan baru yang tak kekal...or lebih tepat lagi,kawan dekat situ jer,bila kat luar,belum tentu ngaku kawan...

Semasa cikgu nya tunjukkan camna nak tukar minyak hitam,or camna nak isi air bateri,aku punya laa focus,tapi bila dah masuk balik dalam bilik teori,lupa segala apa yang cikgu tu ajar masa amali(alaaa,student lain pun aku rasa sama jer kot...),hahaha

Tapi sedikit sebanyak,adalah pengetahuan tentang camna nak handle masalah kalau kereta buat problem masa tengah2 jalan,tapi yang aku still tak paham tang tayar,camna nak masok kan angin,and bila nak stop,bila angin dah full...haaiiisss,tu lah,sombong lagi bila penceramah tu bagi masa  sedikit untuk sesi soal menjawab....

Dalam sibuk melayan ceramah tu lagi,rupa nya baru aku tahu Malaysia punya lebuh raya World Class,no one can Challenge Malaysia punya kecanggihan lebuh raya,tapi,akal pemandu2 di Malaysia still 3rd Class punya pemikiran,itu lah kata2 penceramah tadi...hahaha,memang berbisa dengar tapi itu lah fakta...
And2 baru aku tahu ada 2 kereta Malaysia keluaran Proton yang di bann kerajaan Malaysia,kerana kereta tersebut mempunyai kuasa enjin yang berkuasa dan gempak,tapi sayang nya,kereta itu telah di berhenti kan pengeluaran nya,dan ditarik balik oleh kerajaan Malaysia,apaa daaa....bila kereta dah elok2 mempunyai enjin berkuasa,dan mampu mengalah kan kereta keluaran orang putih,diharam kan pula,ni case,tak leh terima hakikat laa ni,kereta tempatan lebih laju dari kereta import laa ni,hadui...tu lah,bila orang kita dah nak start nak maju gi Condemn,apa punya bangsa laa kita ni...


Okay laa,Aku dah takder idea nak cakap lagi,hahaha,next time,aku post lagi...
Chow,Assalamualaikum

BY:-Alif Afiq

        Tadi pagi-pagi aku dah pergi Tesco nak beli barang dapur ikut mama. Macam-macam jenis manusia ada.Yang paling buat aku terhibur,ada seorang kanak-kanak lelak dalam usia lebih kurang 4 tahun atau 5 tahun ni menyanyi.Dia ada seorang adik kecil. Masih baby lagi. Adik dia tu ayah dia bawak dalam kereta roda bayi tu. (Comel! ^^) Dia nyanyi-nyanyi lebih kurang macam ni la... 'Adik buchuk....adik...buchuk....
buchuk..adik...'. Haha.Comel je gelagat dua beradik ni. (Nak adik!!Haha! :D )


        Lepas tu,gelagat manusia yang tak reti nak beratur.Ish!Mereka ni tak nampak ke apa.Orang dah beratur panjang-panjang. Dorang sedap-sedap pulak potong barisan. Nak je aku cantas sekor-sekor. (Haha...i'm back...the evil side of me! :P)


        That's all untuk kali ni.Lain kali Riana blogging lagi!


*p/s: isk..isk...sob..sob...dia busy.takpela.nanti dapat jugak message dia.ah,rindunya~
        teddy~ (nama teddy bear yang Afiq belikan) Let's accompany me!jom sayang.... (ambil teddy. 
        hug kuat-kuat.)



From me,

Nabilah

Macam-macam benda hari ni yang membuatkan diri au letih yang teramat sangat tapi aku still gembira.
Antara benda yang memenatkan aku yang berlaku semalam:




  1. Pukul 8.00 pagi terpacak dekat sekolah sebab ada gotong-royong pengawas pusat sumber. Semua orang dah senang lenang cuti dekat rumah tengah dalam alam mimpi,aku lak datang sekolah berbakti. Nicely done! Haha!
  2. Aku balik sekolah pergi cari spaghetti punya bahan-bahan.Aku paling excited nak beli cendawan la. Aku suka gila cendawan butang. Sedap kot! Nyum2! :p
  3. After semua tu,aku rehat-rehat sekejap. Tak sampai berapa minit,message Afiq kejap sebab dia cakap ada benda nak cakap. Aku message la. Tapi aku macam nak tak nak je layan. Badan dah letih. Lepas tu,tanya banyak sangat soalan.(Hehe...sorry) Last-last,aku tertidur dalam 5 minit macam tu. Mama pulak panggil makan.
  4. Lepas makan,sambung tidur.Walaupun tahu yang tak elok lepas makan tidur sebab nanti perut boyot. Tapi memang mata dah tak tahan nak katup.Kalau letak macis dekat kelopak mata, sure tak mampu pun nak tanggung kantuk mata aku ni. (Hahaha....)
  5. Pukul 6 lebih macam tu baru bangun tidur. Tengok-tengok ada messages tak berbalas. Kesian dia. Tapi malas nak balas. (Well...dia sendiri tahu kenapa.Haha...sorry)
  6. Lepas tu buat homework Sejarah. Kena buat homework tu dulu sebab Pengetua yan ajar. Aku tak nak la kena cubit free macam mana yang Umirah kena. Sampai lebam lengan dia. Gosh! Soalan Sejarah banyak woi! Ada 75 soalan objektif,16 soalan struktur dan 12 soalan esei!! Banyakkan??? Boleh tahan 'best'nya.
  7. Lepas tu Afiq call. Free-free dapat air mata free sebab dapat ceramah yang menyayat hati. (Thanks! Seronok dengar imam muda Alif Afiq sampaikan dakwah)
  8. Finally,aku dengan dia dah okay! Yay! (Happynya~~~ <3)
  9. Sambung buat homework.
  10. Online sebab nak tolong kawan Afiq. Eh,sapa nama umatnya tu eh? Oh! Nama dia Syafiq Maula! Akhirnya dalam pukul 3.00 pagi hari ni baru siap blog dia! The best part, dia suka hasil kerja aku! Aku kalau buat kerja mesti nak yang terbaik. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Afiq pun faham yang aku tak dapat nak borak sangat dengan dia dekat Yahoo Messenger sebab aku tolong kawan dia.Aku rasa gembira dapat tolong orang. So, aku rasa berbaloi la susah-susahkan diri untuk kawan boyfriend sendiri. Lagipun tu kawan baik dia.
  11. And now,time for sleep! :D Woah! 3.30 a.m.??! Finally,I feel so tired! 


    Good night all.Have a nice day tomorrow.Ops! Silap.Good morning. Its already 3.30 A.M.


    From me,

    Nabilah

                                     (Sijil Pelajaran Malaysia HD)
                                         (Boleh pulak SPM ada HD nya eh,baru perkenal kan kot)

    Result SPM,dah semakin hampir,tinggal lagi berapa puluh hari sahaja lagi,perasaan menunggu result ni,dia punya gementar,hanya Allah serta Lepasan SPM 2010,sahaja yang tahu.Cuak,Gementar,Takut,Relex,Tak Sabar,dan macam2 lagi laa yang ada kaitan.

    Dalam menunggu result SPM ni,bagi lepasan SPM biasa nya akan buat aktiviti yang menyibok kan diri dan mengisi masa lapang,untuk tidak berasa cuak,memikir kan keputusan SPM yang bakal diterima mereka kelak..(alaaa poyo jer masing2,nnti bila dah nak akhir2 bulan 2,secara automatik nya korang akan berasa cuak gak nanti,kerja pun macam nak tak nak jer nanti)...selain tu,nak mengumpul duit poket untuk berbelanja dikemudian hari,dan paling penting,nak menimba Pengalaman bekerja,tu lah kata2 seorang Pemuda atau Pemudi yang berwawasan 2011...

    Aku pula,tak tahu nak kerja apa,dan tak tahu nak buat apa,sementara menunggu Camera Canon DSLR,aku tu siap di baiki,kerja aku ialah merapu sambil,berblogging,dan membaca nukilan Blog orang lain,yang pasti hasil nukilan mereka mampu membuat aku ketawa macam orang gila(seronok bhai,kalau baca blog yang coretan2 mereka lawak2)...hahaha

    Aku kalau boleh,nak jer isi masa lapang aku,dengan jalan2 keluar dengan orang yang aku sayang,tapi dia sekolah laa....so,hasrat tu aku laksanakan time dia cuti panjang jer..so terpaksa lah fikir nak pergi mana lagi,dari asyik duk rumah jer...atau fikir kan apa saja benda yang  fun  yang boleh menghibur kan aku...
    Kalau boleh,aku nak jer suruh mak aku beli kan aku 1 Laptop yang dah memang dah di-upgrade semasa pembuatan nya dikilang...boleh aku install game yang gempak2 dan upload semua gambar dari dalam Camera Canon DSLR,ngeee~~ =D

    Hadeh,aku dah takder idea nak tulis apa lagi..so,sampai disini sajer laa aku merapu ntah pape ni...sekarang ni,aku sedang memerhati kan persekitaran aku,mana laa tau,kot-kot boleh buat cerita,kat sini...mana laa tau kan,benda yang aku tengok tu best untuk dikongsi....hehehe
    okay laa,aku nak pergi melayari laman web Social "facebook",...chow!,Assalamualaikum....

     BY:- Alif Afiq

                                                 Sekolah Kebangsaan Seksyen 6,Shah Alam

    Sekolah Rendah aku masa kecik2 dulu,hehehe,sekolah ni,takder lah best bagi aku,hahaha,tapi,nak mencerita kan lah sekolah ni sekolah aku..
    Sekolah ni banyak kenangan manis dan pahit nya,tapi aku lupa laa,apa kenangan dia,mana tk nya,dh 5 tahun meninggal kan sekolah ni...masuk tahun ni,6 tahun laa jadi nya..

    Aku tak tahu laa,sama ada member2 sekolah rendah aku ni,masih ingat aku ke tak..aku pun dah tak kenal diorang lagi kot..ahaha,cuma sorang dua jer laa aku kenal lagi....ni gambar ni pun aku ciplak dekat member paling baik masa sekolah rendah(baik apa nya,asyik gaduh jer bila berjumpa time kecik2..haha)..btw thanks laa kepada dia,kasi pinjam gambar logo sekolah ni..=D

    Kelas masa aku lepak kat sekolah ni,aku kelas 6 Nilam,kelas nombor 3 dari 4 kelas,yelah,aku bukan nya pandai pon...jadi cikgu letakkan laa aku kat situ,kira okay laaa kan,top 3...
    Kelas ni ada sorang budak,namanya hafiz,hari2,bila dia masuk kelas,muka nak bengis jer...yelah,dia besar,so dia ingat dia taiko kelas,tapi dia tak tahu,ramai lagi taiko kelas...hahaha,memang best laa kelas ni,tapi ada 1 jer laa yang tak best,itu classmate aku ada panggil 1 nickname,masalah nya tak kena pada aku,entah lah,orang yang tak reti bagi nickname,kot,yelah,budak kecik,mana fikir apa,tau nak ejek kawan jer...

    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                                                     (ni lah pintu masuk utama sekolah rendah aku)
    ni pintu utama untuk access ke sekolah ni,dan ada lagi beberapa pintu kecik dan besar,aku guna pintu ni pun time hujan or kalau dah lambat pergi ke sekolah(hari2 aku lambat,tk pernah datang awal,dan hari2 nama kena tulis dengan pengawas)...hehehe,dan disebelah pintu sekolah ni ada satu pondok,tak tahu laa aku,busstand ker or memang untuk pondok menunggu,aku tak tahu laa,tapi memang cantik laa,pondok nya(masa aku dulu laa,tak tahu laa time ni camna)...

    ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                             (ni padang sekolah aku,dan dekat situ ada lab computer)

    ini lah padang sekolah aku,lagi beshar dari padang sekolah menengah aku,tapi panjang nya aku tak tahu la,ahaha....kat sini lah kami selalu melakukan banyak aktiviti2 sekolah,macam2,bukan setakat sukan jer,macam2 aktiviti laah...berguna gak selalu padang ni
    Dekat dengan padang tu ada Computer Lab...bangunan yang aku tak pernah masok,dan teringin nak masok masa time sekolah rendah dulu,senior aku time aku darjah 5,boleh lak masok,tapi bila time aku darjah 6,aku pelik,kenapa cikgu tak bagi kitorang masok,dah nak last2 persekolahan (time dah habis UPSR) masa tu lah cikgu baru cakap,yang lab nya computer rosak(bukan nak hantar repair)apa daaa...

    hahaha,sampai disini je lah aku merapu..sebab nya,aku dah banyak lupa apa kenangan2 aku kat sekolah ni,sedang kan kenangan2 aku kat sekolah menengah pun aku boleh lupa camtu jer...ahahaha....


    BY:-Alif Afiq



    Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

    Baru pulang dari solat jumaat si Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah,di shah alam....
    masa dulu2,selepas balik sahaja dari solat,amik helmet kat rumah,terus dengan member,bergerak menuju ker Cyber Cafe,lepas tu main laa game yang telah difikir sejak dari awal pagi lagi,dulu game paling feveret Mafia II,Company of Heroes:tales of valor,Age of Empire,dan berbagai2 lagi laaa

    selalu Cyber Cafe yang aku selalu menghabis kan duit dan membuang masa ialah Di Seksyen 7 dan Seksyen 13,Shah Alam.....itu kehidupan sebelum SPM,yang selalu tak sabar2 tunggu hari jumaat atau hari sabtu,untuk menghabis kan duit dan menguntung kan Taukey Cyber Cafe tu...hahahaha

    masa SPM dah nak dekat,time tu,punya laah semangat kata nak rest sekejap,(poyo la aku)sebab nak tumpu kan perhatian pada pelajaran...ahahaha

    bila member ajak jer(member aku masa tu dh habis SPM),terus cair beb....hahaha,terus lupa janji yang telah dibuat...ahahaha,yelah,dah gian sangat kan...ahahaha
    siap cakap lagi,lepas SPM nak gi Cyber Cafe kaw2....(kunun2 nya nak dari subuh sampai subuh esok nya)..

    tapi bila dah lepas SPM,segala perancangan yang rapi dibuat sebelum SPM,tak dilakukan..aku rasa,baik tak yah rancang kalau macam tu....



    Sekarang ni,aktiviti aku selepas solat Jumaat,ialah lepak dirumah dan online,dan menunggu kekasih hati aku,online dan makan Mister Potato:Rice Crisps,serta makan Snickers,yang sungguh manis tak ingat
      p/s:Sedap memang sedap 2 makanan di atas ni,tapi ni lah puncanya aku bakal dapat Risiko darah tinggi dan kencing manis,serta berat badan yang berlebihan,jadi,sebulan sekali jer laa aku limit kan untuk makan benda ni,or dua bulan sekali,hadeh....

    BY:-Alif Afiq 

    Hari lalu dalam sejarah,
    Kau lakarkan sebuah lukisan indah dalam hidupku,
    Kau hiasi laman hati yang penuh kesepian ini,
    Dengan sebuah taman hati yang menghiburkan aku.


    Hari kelmarin dalam sejarah,
    Kau hadir membawa seribu satu makna dalam hidupku,
    Bait-bait kata yang keluar dari bibirmu membuatkan aku terpegun sejenak,
    Sama sekali tidak pernahku duga akhirnya kau menjadi milikku.


    Bibit pertengkaran dulu,
    Sama sekali tidak menjadi pengahalang pada kita,
    Kita sudah ditakdirkan bersama oleh yang maha Esa,
    Sesungguhnya dia telah menetapkan engkau untuk berada dalam hidupku.


    Hari ini dalam sejarah,
    Aku ingin sekali memegang erat tanganmu dan menyatakan bahawa aku cuma insan biasa,
    Maafkan aku kerana aku sering melukakan hatimu,
    Aku terlalu leka dibuai mimpi yang panjang berkenaan kenangan kita yang lalu.


    Saat dan tika ini,
    Aku ingin menyatakan secara terang-terangan bahawa aku sungguh menyayangimu,
    Mungkin kau sahaja yang tidak menyedarinya sayang,
    Maafkan aku kerana tidak pernah meluahkannya secara terang-terangan dihadapanmu.


    Sesungguhnya kau takdir hidupku,
    Yang Tuhan telah tetapkan,
    Doaku buat kita semoga kekal dunia akhirat,
    Terima kasih,sayang.



    Salam sayang,

    Nabilah

    Keseronokkan lepak di rumah,memang tkder tolok banding nya,hari2 online,online dan online,lepas tu makan,tido dan tengok movie kat Astro Ria..haha

    yang sheronok nya,mcm tk bosan,asyik lepak dalam bilik jer,tk keluar2,tk turun2,kecuali nak makan ngan solat,hahaha,mano tk eh,ayah den conquer TV,cerito eh samo eh,balik2 Tennis,Badminton,Bola,dan citer Haiwan yang dh beribu kali ditayang kan,bondo yang dh tau,dio kato tk tau...mak aiih,kalau dio amik subjek biology,mau eh dpt A+,hahahaha




    disobabkan hal ni laa,den maleh nak cari kojo,hahaha,sobab eh lagi sodap,beronline and boleh gi jalan mana2 tnpa ada sekatan...gyahahaha

    sekarang ni,aku tengah nak me-repair camera DSLR Cannon aku balik,nnti,kalau gi mana2,boleh laa aku bawak lepas tu snap pic,bnyak2,yeeehaaaa

    and skang ni,aku tengah fikir nak gi mana Cuti Raya Cina ni,hehehe,tk shabar shioottt,nak tunggu raya cino ni..




    BY:-Alif Afiq =)

                          Assassins Creed : Brotherhood


    first post dh pasal  si Ezio Auditore de~ Firenze,hahaha,aku sebenar nya menunggu kedatangan game ni,pergh,tk sabar siot,dengar khabar,dah bnyak perubahan yang lebih gempak pada game ni...
    aku suka giler jalan cerita game ni,kalau korang ikuti kisah dia pada Assassins Creed 2,dengar lagu dia yang bertajuk "Ezio Family" sayu beb...ahahaha..
    kisah nya dia jadi Assassins ni sbb nak sambung Legacy ayah dia dan moyang dia,yang dulu nya jadi Assassins juga,selain itu dia hendak membalas dendam pasal ayah,abang and adik nya kena bunuh dengan kerajaan Italy yang corrupted sesangat2...
    dia dibantu oleh Leornado de~ Vinci (betul ke tk aku eja..ahahaha),serta pakcik and kawan2 nya,untuk membalas dendam atas kematian bapa nya,seorang pembesar di kota Firenze...
    hahaah,dalam membuat mission2 utama,korng leh buat mission sampingan....selain itu,korang leh dpt kan baju Assassins Creed(lupa nama asal Character Assassins Creed 1)yang berwarna hitam tapi gempak...ahahahaha

    jalan cerita game ni mmg best,dan aku memang tk sabar nak sambung jalan cerita nya dalam Assassins Creed : Brotherhood,hahahaa....tk sabar2 aku nak main,vavi!!,baru aku tau,yang Microsoft nya lambat lagi nak keluar...CIS!! diskriminasi pada PC,asyik lebih kan Xbox jer...ahhaah,


    * p/s:blog ni,aku ngan girlfriend aku yang guna,kami lebih senang share...ahahaha
    so,ada dua yang tukang post laa nnti...ahahaha...




    About This Blog


    Hello!
    Blog ini dibuat khas untuk menceritakan tentang kami, iaitu saya,Nabilah dan Alif Afiq. Blog ini jugak boleh jadi tempat kami melepaskan geram dan juga tempat meluahkan pendapat dan bercerita benda-benda yang fun. Dekat sini kami nak kongsi pengalaman kami juga.

    Lepak santai berborak sakan memang kerja kami.Hehe.

    We love to talk a lot and laughing is our new policy.

    Tik Tok

    Blog Archive

    Jom Sembang!



    ♪ ♫ ♬ ♪ ♫


    Mushi & Teddy™ Inc Corp. Powered by Blogger.