Hari lalu dalam sejarah,
Kau lakarkan sebuah lukisan indah dalam hidupku,
Kau hiasi laman hati yang penuh kesepian ini,
Dengan sebuah taman hati yang menghiburkan aku.
Hari kelmarin dalam sejarah,
Kau hadir membawa seribu satu makna dalam hidupku,
Bait-bait kata yang keluar dari bibirmu membuatkan aku terpegun sejenak,
Sama sekali tidak pernahku duga akhirnya kau menjadi milikku.
Bibit pertengkaran dulu,
Sama sekali tidak menjadi pengahalang pada kita,
Kita sudah ditakdirkan bersama oleh yang maha Esa,
Sesungguhnya dia telah menetapkan engkau untuk berada dalam hidupku.
Hari ini dalam sejarah,
Aku ingin sekali memegang erat tanganmu dan menyatakan bahawa aku cuma insan biasa,
Maafkan aku kerana aku sering melukakan hatimu,
Aku terlalu leka dibuai mimpi yang panjang berkenaan kenangan kita yang lalu.
Saat dan tika ini,
Aku ingin menyatakan secara terang-terangan bahawa aku sungguh menyayangimu,
Mungkin kau sahaja yang tidak menyedarinya sayang,
Maafkan aku kerana tidak pernah meluahkannya secara terang-terangan dihadapanmu.
Sesungguhnya kau takdir hidupku,
Yang Tuhan telah tetapkan,
Doaku buat kita semoga kekal dunia akhirat,
Terima kasih,sayang.
Salam sayang,
Nabilah
Followers
Posted by
Adriana Nabilah
0 comments:
Post a Comment