Followers




Kucing........satu makhluk comel,pemalas tahap anjing(anjing yang betul rajin....),kuat makan,kuat tido,makan,tido,main,makan,tido,main....bla...bla...bla...ini lah identiti kucing yang sebenar,tidak macam kucing hutan dan kucing kuno,atau lebih tepat kucing sebelum zaman modern,mereka2 yang spesis macam ni rajin,mereka selalu berburu untuk  mendapat kan rezeki untuk anak2 dan kucing betina yang disayangi.....bukan macam kucing zaman sekarang,bila mintak makanan jer buat muka kesian lepas tu mengiau kuat2,lepas tu tamak haloba pulak tu,hangin aku tengok kucing modern ni,makan tu share2 laa,kalau habis tu tak apa laa juga,ni,asyik berlebih jer...lepas tu makanan tu lemau or basi...kucing2,apa laa perangai punya binatang....isy3...


Kalau korang lihat kucing betul2,korang akan lihat macam2 ragam mereka ni...ni ada contoh sikit



Kalau korang tengok gambar ni,korang akan dapat lihat,kucing ni,sedang melepak atas Air-conditioner,aku pelik betul,macamana dia boleh sampai kat atas tu,dan,dia pergi panjat penghawa dingin ni,pun semata2 nak tidur jer or melepak sambil memikir masa depan nya...
kawan ni,nampak kucing ni melepak atas penghawa dingin,terus dicapai nya Camera DSLR Nikon,dia tu,dan terus snap beberapa gambar,kucing ni yang perasan ada orang tangkap gambar dia terus buat gaya Raksaksa dalam Cerita Ultraman tu,......(chisss!,buat rosak gambar jer)



Yang sekor ni pulak,aku tak faham kenapa dengan otak nya...maybe,hari tu dia nak apply,jadi pemandu Monorail kat melaka tu...tapi mungkin pengarah syarikat Monorail kat Melaka tu tolak kot permohonan dia kot
mungkin,sebab hati nya kecewa,kerana permohonannya ditolak,terus dia mental dia tak sihat....
and,waaalaaa...jadi laa macamni,berangan jadi Monorail,dengan mengata kan dia adalah gerabak bagi syarikat Monorail Kucing the Cat,dan menanggap diri dia adalah salah 1 Tren Monorail tersebut...(suka hati kau laa dol the cat,asal kan kau bahagia)


Yang lagi sekor ni pulak,berangan dia ni Romeo,(alaaa romeo dalam cerita cinta Romeo and Juliet tu)...sampaikan bila jumpa kucing betina lain pasti akan cakap "hello,I'm Romeo",cheeehh,kebetulan laa pulak,time tu ada seorang photographer nak ambil gamba dia,sebab kan dia ni boleh tahan handsome laa juga,terus kucing poyo ni gi lari cari bunga yang ditanam ditepi jalan,dan,setelah menjumpai nya,dia terus pura2 mencium bunga tu,konon2 nak tunjukkan kat photographer tu,dia ni adalah seekor kucing yang macho dan romantik laa konon2 nya,maka photographer  itu pun tangkap laa gambar nya dengan muka tertahan2 menahan macho tu..

hahaha,sampai disini sahaja laa aku meroyan,dan merapu,sebenar nya banyak lagi contoh2 kucing gila yang perasan diri ni....tapi,disebab kan aku ni pemalas macam kucing gak,maka sampai sini je laa buat malam ni...ahahaha..
adioss~~....

BY:-Alif Afiq

0 comments:

Post a Comment




About This Blog


Hello!
Blog ini dibuat khas untuk menceritakan tentang kami, iaitu saya,Nabilah dan Alif Afiq. Blog ini jugak boleh jadi tempat kami melepaskan geram dan juga tempat meluahkan pendapat dan bercerita benda-benda yang fun. Dekat sini kami nak kongsi pengalaman kami juga.

Lepak santai berborak sakan memang kerja kami.Hehe.

We love to talk a lot and laughing is our new policy.

Tik Tok

Blog Archive

Jom Sembang!



♪ ♫ ♬ ♪ ♫


Mushi & Teddy™ Inc Corp. Powered by Blogger.