Followers




Assalamualaikum,kali ni aku nak menyentuh satu isu yang panas~~(macam dalam melodi pulak)tapi entri kali ni bosan sikit,atau bosan banyak,iaitu berkaitan dengan budak sekolah sekarang yang berani berbanding dengan budak sekolah yang dulu(go go go budak sekolah sekarang!!,yearghhh!!! *tunjuk lambang setan* ),berani yang aku maksud kan bukan nya berani dalam benda2 positif tapi berani dalam bentuk negatif.
Kenapa aku tulis entri macam ni??,kau orang pergi lah seacrh "budak sekolah rock",eh silap,"Budak sekolah gaduh",nak lagi best "Budak Sekolah perempuan berdansa",korang search laa tajuk diatas di youtube,pasti mengeluar kan result 1-116 atau lebih,begitu banyak nya video yang merakam kan bertapa gagah nya budak sekolah sekarang,atau mungkin korang pernah tengok secara live sambil menikmati jajan yang dibeli di koperasi di ground floor bangunan blok sekolah,adakah korang menganggap itu adalah 1 hiburan??
Jika benar korang menganggap itu adalah 1 hiburan,maka korang aku anggap kan manusia yang tidak mempunyai tamadun dan bodoh monyet
Bergaduh sampai bertumbuk,terajang,berkarate,dan sebagai nya adalah 1 scenario yang sangat memalukan,lagi2 orang yang kita bergaduh dengan nya adalah 1 Agama dan Bangsa,kenapa aku menekan kan Agama dan Bangsa??,kerana orang yang berbangsa lain dan beragama lain selain Agama Islam dan Bangsa lain melihat perbuatan kita,dan mereka akan menganggap Agama Islam adalah agama yang ganas dan melahir kan tokoh2 pahlawan,eh silap,Pengganas,dan Bangsa Melayu adalah bangsa yang terlalu emosional dan bodoh,kerana orang yang suka bergaduh ni,biasa nya orang bodoh la,yang ingin kan perhatian,tak gitu nyonya??(aku sedang mencari fakta2 agama yang mengharam kan pergaduhan ni,tapi yang keluar,kenapa Islam mengharam kan makan Babi,hampeh betul,dan aku adalah sedikit info pasal ni,itu pun sedikit apa yang ceramah ustaz tu bagi)
dan lagi 1 kumpulan manusia yang bodoh tahap kura2,ialah orang yang melihat pergaduhan itu,tetapi tak meleraikan nya,malahan siap memberi kan sokongan padu kepada individu yang sedang bertarung menunjukkan siapa lagi jantan(termasuk perempuan),macam biasa lah penyokong2 yang melihat pergaduhan itu gaya nya tak ubah seperti monyet yang teruja sampai terlompat2,sambil memberi kan sokongan dalam bahasa monyet diorang yang berbunyi "go mat,ko lepuk jer dahi dia yang jendul tu" atau "Go lisa surihanu,ko geletek dia sampai pengsan!!",begitu lah contoh2 kata2 monyet2 tersebut,malahan monyet2 ini marah kalau ada seorang Manusia yang cuba melerai kan monyet2 yang sedang bergaduh itu,malahan dimaki pula "Bangang laa kau mat!!,tak yah kacau!!",kesian member tu digelar bangang oleh monyet2 tersebut,isy3 teruk betul diorang ni,tapi nak buat macam mana kan,dah nama pon monyet,hehe =P


Sebenar nya aku bukan nak bincang pasal topik budak sekolah gaduh ni,aku sebenar nya nak cerita kan bertapa sebilangan kecil budak sekolah diseluruh Malaysia(tak masuk sekolah henry gurney eh,sekolah tu sure2 dipenuhi oleh monyet2 dan monyet yang berstatus guru,dan juga dihuni oleh manusia yang tidak bersalah),begitu berani,melawan guru2,zaman aku dulu(poyo laa kau alip,zaman kau laaa banyak kes bangang macam ni),maksud aku zaman ibu bapa kita dulu atau abang2 kakak2 kita dulu,kes ni takder berlaku macam ni,kerana mereka dulu,kalau cikgu rotan,bila balik rumah,sure2,kena balun lagi,betul tak??,maksud nya tak mahu anak2 ni dimanja kan,dan2 supaya kita menghormati guru kita walaupun perangai guru tersebut mengakibat kan kita menanam cita2 hendak meng order selaras senapang Sniper,untuk meletup kan kepala guru tersebut ketika dia sedang menikmati makan malam,hehehe,eh dah cerita lain pulak,berbalik pasal kes budak semakin berani ni,semakin hari semakin banyak kes,pelajar rotan cikgu,atau pelajar belasah cikgu,dan banyak kejadian tersebut dirakam dan di upload secara haram tanpa mendapat kebenaran atau di filter  kan oleh pihak youtube terlebih dahulu,malahan ianya disiar kan di bulletin utama TV3,bukan kah rakaman itu mendorong pelajar yang lain mahu mencuba nya??terdapat beberapa faktor nya tapi aku malas nak bagi faktor2 nya,sebab korang sendiri dah tahu kan,kalau ada yang tak tahu tu,tanya laa ustaz or ulama',tetapi,bukankah kerek atau kurang ajar dengan guru umpama kita kurang ajar dengan ibu dan bapa kita??,jika seorang guru itu kecewa dengan sikap anak murid nya,lalu dia tidak redha ilmu yang kita pelajari tu,maka ilmu yang kita belajar dari nya,akan hilang macam itu sahaja,kalau korang belajar kuat macamana pun,takkan masuk juga,cara untuk mengembali kan kembali ilmu tu adalah,dengan minta maaf pada guru tersebut,tapi yang aku hairan lah,sejak bila muncul nya revolusi pelajar sekolah naik otai ni??,dan dia dimula kan oleh malaon mana??,hmm,semua tu masih misteri,walaupun dikaji sedalam mana pun ianya tidak akan dapat dirungkai,tapi aku mengharap kan Kerajaan atau Pihak yang berwajib mula kan langkah untuk membendung perkara yang semakin parah ini untuk kepentingan dan kesejahteraan serta imej pemuda dan pemudi di tanah melayu ini,aku sebenar nya tak nak tulis lagi panjang sebab aku dah rasa aku dah start merapu,hahaha,sebab nya entri ni bosan sedikit,aku yang tulis ni pun dah menguap berapa kali sebab tulis entri bosan ni,haha,okay laa,assalamualaikum

0 comments:

Post a Comment




About This Blog


Hello!
Blog ini dibuat khas untuk menceritakan tentang kami, iaitu saya,Nabilah dan Alif Afiq. Blog ini jugak boleh jadi tempat kami melepaskan geram dan juga tempat meluahkan pendapat dan bercerita benda-benda yang fun. Dekat sini kami nak kongsi pengalaman kami juga.

Lepak santai berborak sakan memang kerja kami.Hehe.

We love to talk a lot and laughing is our new policy.

Tik Tok

Blog Archive

Jom Sembang!



♪ ♫ ♬ ♪ ♫


Mushi & Teddy™ Inc Corp. Powered by Blogger.