Followers




Malam ni aku nampak bulan sabit yang cantik dan indah ciptaan Allah s.w.t,akan tetapi semasa aku sedang menghadap computer,aku akan pandang bulan itu setiap 10 minit atau 5 atau 7 minit,dan aku sedar bulan itu yang pada mula nya,meninggi dan sukar untuk tengok jika duduk dalam bilik,seperti mula menurun bagai hendak turun ke tanah,bagaimana begitu cepat bulan bergerak dalam masa 2 jam atau kurang,sedang kan semasa aku menulis blog ini,malam masih muda,dan baru bukul 10.30 malam,tetapi bulan itu mula menghilang seperti matahari yang terbenam semasa senja,adakah pada pukul 12.00 pagi ini,bumi Malaysia akan terang dengan cahaya matahari pula??
Itu aku tak tahu,itu semua kuasa Allah

 atau aku tak tahu,yang bulan memang sekejap sahaja muncul pada malam hari nya???(hahaha,begitu jahil nya aku)
dan masa aku sedang menulis,bulan itu telah hilang dari pandangan aku,dengan sekelip mata,Wow!!,sekejap nya,aku rasa tidak sampai setengah jam aku usya bulan tu,sudah hilang terus??
Pada pandangan aku,mungkin bulan akan muncul kembali dalam pukul 1 pagi atau 2 pagi,tapi aku tidak pasti lah,hmmm
Cerita pasal bulan ni,kalau ikut orang dahulu,kalau hendak menerang kan betapa cantik nya seorang perempuan itu,mereka akan describe kan wajah nya cantik dan jelita seperti bulan yang sedang mengambang itu,yelah,bulan kan nampak cantik,tapi bagi orang sekarang,kalau nak describe,seorang wanita tu,dah tak boleh diumpama kan sebagai bulan lagi dah,sebab nya,baru orang tahu yang bulan itu banyak lubang2,seperti muka yang penuh dengan jerawat,haha
Tapi bagi aku,bulan itu tetap indah,sehingga kan keindahan nya,kalau tidak silap aku,pernah dicerita kan oleh Nabi Muhammad s.a w atau Dicerita kan di Dalam Al-Quran,Wallahualam,sebab nya aku tidak berapa ingat,dimana aku dengar
Selain itu bulan ni,ada kegunaan nya tau,aku dengar kawan aku cerita laa masa time sekolah2 dulu,diorang cakap bulan,seperti mengawal graviti badan kita,dan kata mereka,dibulan ada graviti yang mengimbangi graviti bumi,kalau tiada bulan,maka,kita akan merasa sangat2 berat,kerana daya tarikkan graviti bumi,selain itu,mereka ada kata lagi,bulan ni,dia seperti ada kaitan dengan air pasang surut dilaut(haha,banyak juga fakta2 yang aku tak tahu lagi pasal bulan ni),hmm,wallahualam
Selain itu bulan juga boleh dijadi kan penyuluh kita semasa jalan ditempat yang gelap,cahaya bulan boleh tahan juga terang nya,hehe
Korang pernah dengar Gerhana Bulan??
Kalau korang tak pernah tengok gerhana bulan,haaa,kat atas ni lah dia rupa gerhana bulan yang penuh,kalau berlaku nya gerhana bulan macam ni,biasa nya,orang2 Islam diseluruh dunia yang nampak gerhana bulan ini akan membuat solat sunat gerhana bulan,dan ada doa nya sekali,aku tak pernah buat solat sunnat ni,sebab nya,aku selalu miss gerhana bulan ni,pergh,rugi beb,sebab kenapa,orang lakukan solat sunnat gerhana,ni aku tak tahu,atau aku dah lupa,hmmm,tapi ada benda yang baik berlaku disebalik gerhana bulan ini,sehingga kan Allah menyuruh kita menyembah nya,semasa berlaku nya gerhana bulan ni,mungkin doa kita semasa gerhana akan dikabul kan oleh Allah,mungkin,hehehe,nak tahu lebih detail,tnya lah ustaz or ulama',diorang ni banyak ilmu,nak dibanding kan aku dengan mereka,jauh beza nya,huhuhu,sampai disini sahaja laa,kang cakap lebih2 takut tersalah cakap,uhuhu,adios~

 BY:-Alif Afiq

0 comments:

Post a Comment




About This Blog


Hello!
Blog ini dibuat khas untuk menceritakan tentang kami, iaitu saya,Nabilah dan Alif Afiq. Blog ini jugak boleh jadi tempat kami melepaskan geram dan juga tempat meluahkan pendapat dan bercerita benda-benda yang fun. Dekat sini kami nak kongsi pengalaman kami juga.

Lepak santai berborak sakan memang kerja kami.Hehe.

We love to talk a lot and laughing is our new policy.

Tik Tok

Blog Archive

Jom Sembang!



♪ ♫ ♬ ♪ ♫


Mushi & Teddy™ Inc Corp. Powered by Blogger.