Followers




Assalamualaikum,kali ni aku nak menyentuh satu isu yang panas~~(macam dalam melodi pulak)tapi entri kali ni bosan sikit,atau bosan banyak,iaitu berkaitan dengan budak sekolah sekarang yang berani berbanding dengan budak sekolah yang dulu(go go go budak sekolah sekarang!!,yearghhh!!! *tunjuk lambang setan* ),berani yang aku maksud kan bukan nya berani dalam benda2 positif tapi berani dalam bentuk negatif.
Kenapa aku tulis entri macam ni??,kau orang pergi lah seacrh "budak sekolah rock",eh silap,"Budak sekolah gaduh",nak lagi best "Budak Sekolah perempuan berdansa",korang search laa tajuk diatas di youtube,pasti mengeluar kan result 1-116 atau lebih,begitu banyak nya video yang merakam kan bertapa gagah nya budak sekolah sekarang,atau mungkin korang pernah tengok secara live sambil menikmati jajan yang dibeli di koperasi di ground floor bangunan blok sekolah,adakah korang menganggap itu adalah 1 hiburan??
Jika benar korang menganggap itu adalah 1 hiburan,maka korang aku anggap kan manusia yang tidak mempunyai tamadun dan bodoh monyet
Bergaduh sampai bertumbuk,terajang,berkarate,dan sebagai nya adalah 1 scenario yang sangat memalukan,lagi2 orang yang kita bergaduh dengan nya adalah 1 Agama dan Bangsa,kenapa aku menekan kan Agama dan Bangsa??,kerana orang yang berbangsa lain dan beragama lain selain Agama Islam dan Bangsa lain melihat perbuatan kita,dan mereka akan menganggap Agama Islam adalah agama yang ganas dan melahir kan tokoh2 pahlawan,eh silap,Pengganas,dan Bangsa Melayu adalah bangsa yang terlalu emosional dan bodoh,kerana orang yang suka bergaduh ni,biasa nya orang bodoh la,yang ingin kan perhatian,tak gitu nyonya??(aku sedang mencari fakta2 agama yang mengharam kan pergaduhan ni,tapi yang keluar,kenapa Islam mengharam kan makan Babi,hampeh betul,dan aku adalah sedikit info pasal ni,itu pun sedikit apa yang ceramah ustaz tu bagi)
dan lagi 1 kumpulan manusia yang bodoh tahap kura2,ialah orang yang melihat pergaduhan itu,tetapi tak meleraikan nya,malahan siap memberi kan sokongan padu kepada individu yang sedang bertarung menunjukkan siapa lagi jantan(termasuk perempuan),macam biasa lah penyokong2 yang melihat pergaduhan itu gaya nya tak ubah seperti monyet yang teruja sampai terlompat2,sambil memberi kan sokongan dalam bahasa monyet diorang yang berbunyi "go mat,ko lepuk jer dahi dia yang jendul tu" atau "Go lisa surihanu,ko geletek dia sampai pengsan!!",begitu lah contoh2 kata2 monyet2 tersebut,malahan monyet2 ini marah kalau ada seorang Manusia yang cuba melerai kan monyet2 yang sedang bergaduh itu,malahan dimaki pula "Bangang laa kau mat!!,tak yah kacau!!",kesian member tu digelar bangang oleh monyet2 tersebut,isy3 teruk betul diorang ni,tapi nak buat macam mana kan,dah nama pon monyet,hehe =P


Sebenar nya aku bukan nak bincang pasal topik budak sekolah gaduh ni,aku sebenar nya nak cerita kan bertapa sebilangan kecil budak sekolah diseluruh Malaysia(tak masuk sekolah henry gurney eh,sekolah tu sure2 dipenuhi oleh monyet2 dan monyet yang berstatus guru,dan juga dihuni oleh manusia yang tidak bersalah),begitu berani,melawan guru2,zaman aku dulu(poyo laa kau alip,zaman kau laaa banyak kes bangang macam ni),maksud aku zaman ibu bapa kita dulu atau abang2 kakak2 kita dulu,kes ni takder berlaku macam ni,kerana mereka dulu,kalau cikgu rotan,bila balik rumah,sure2,kena balun lagi,betul tak??,maksud nya tak mahu anak2 ni dimanja kan,dan2 supaya kita menghormati guru kita walaupun perangai guru tersebut mengakibat kan kita menanam cita2 hendak meng order selaras senapang Sniper,untuk meletup kan kepala guru tersebut ketika dia sedang menikmati makan malam,hehehe,eh dah cerita lain pulak,berbalik pasal kes budak semakin berani ni,semakin hari semakin banyak kes,pelajar rotan cikgu,atau pelajar belasah cikgu,dan banyak kejadian tersebut dirakam dan di upload secara haram tanpa mendapat kebenaran atau di filter  kan oleh pihak youtube terlebih dahulu,malahan ianya disiar kan di bulletin utama TV3,bukan kah rakaman itu mendorong pelajar yang lain mahu mencuba nya??terdapat beberapa faktor nya tapi aku malas nak bagi faktor2 nya,sebab korang sendiri dah tahu kan,kalau ada yang tak tahu tu,tanya laa ustaz or ulama',tetapi,bukankah kerek atau kurang ajar dengan guru umpama kita kurang ajar dengan ibu dan bapa kita??,jika seorang guru itu kecewa dengan sikap anak murid nya,lalu dia tidak redha ilmu yang kita pelajari tu,maka ilmu yang kita belajar dari nya,akan hilang macam itu sahaja,kalau korang belajar kuat macamana pun,takkan masuk juga,cara untuk mengembali kan kembali ilmu tu adalah,dengan minta maaf pada guru tersebut,tapi yang aku hairan lah,sejak bila muncul nya revolusi pelajar sekolah naik otai ni??,dan dia dimula kan oleh malaon mana??,hmm,semua tu masih misteri,walaupun dikaji sedalam mana pun ianya tidak akan dapat dirungkai,tapi aku mengharap kan Kerajaan atau Pihak yang berwajib mula kan langkah untuk membendung perkara yang semakin parah ini untuk kepentingan dan kesejahteraan serta imej pemuda dan pemudi di tanah melayu ini,aku sebenar nya tak nak tulis lagi panjang sebab aku dah rasa aku dah start merapu,hahaha,sebab nya entri ni bosan sedikit,aku yang tulis ni pun dah menguap berapa kali sebab tulis entri bosan ni,haha,okay laa,assalamualaikum

Assalamualaikum,kali ni aku nak cerita sedikit tentang semut ni,semut ni didalam ketegori antara binatang yang terkecil didunia,tetapi jangan pandang rendah pada makhluk Allah ni,semut ni mempunyai kebolehan membina Istana didalam tanah,yang dibina khas untuk pemaisuri semut tersebut,semut dibahagi kan kepada banyak bahagian,antara nya Pemaisuri,bakal pemaisuri,semut askar dan semut buruh

Semut mempunyai sebanyak 12.000 ke 14.000 spesis di dunia,pergh,memang bnyak spesis semut ni,kalau korang tengok semut kat rumah korang tu,adalah spesis apa pun aku tak tahu,haha,tapi kalau aku cakap,dia adalah spesis yang biasa,ada 1 fakta mengata kan semut boleh mengangkat 5x ganda berat dari berat badan nya,dan biasa nya mereka akan hantar pasukan recon,untuk mencari makan,kemudian mereka akan berinteraksi atau memberi signal  kepada semut lain untuk mengangkat makanan yang dijumpai nya.
Aku sebenar nya dah lama tension dengan makhluk Allah ni,sebab nya,makanan yang aku masih hendak makan,dia dah rembat,dah,masa tu memang aku dah maki2 dah semut ni,dan berhajat untuk membakar nya dan koloni2 nya yang tak bersalah,lantas dilarang keras oleh mak and abang aku.
Dalam Al-quran ada surah dinama kan Surah An-Naml iaitu bererti Semut,kerana pada ayat 18 dan 19 terdapat perkataan An-Naml(semut),di mana raja semut mengarah kan anak2 buah nya memasuki sarang nya,supaya tidak dipijak oleh Nabi Sulaiman a.s,dan tentera nya yang akan melewati tempat itu,maka kata2 semut itu didengar oleh Nabi Sulaiman a.s,lantas baginda mengarah kan tentera2 nya yang terdiri daripada Manusia,Jin dan makhluk2 Allah yang lain(seperti Alien??),supaya tidak melintas di kawasan sarang semut agar mereka tidak terpijak semut2 tersebut
Disini saya suka cita kan hendak memberitahu,iaitu,Nabi Allah yang agung pun tidak memijak semut atau membunuh semut,ini kan pula manusia yang hina seperti kita ini nak membakar semut,ada 1 pendapat mengata kan mengapa kita diharam kan membakar semut,kerana semut ni adalah binatang yang memberi kan banyak jasa,dan akan dimasukkan ke dalam syurga,dan,api itu asal nya adalah dari neraka,jadi kita tidak boleh mengguna kan api untuk membunuh nya,jika hendak membunuh nya atau erti kata lain,untuk membersih kan tempat yang dipenuhi semut adalah dengan mencurah kan air atau menyapu nya keluar dari tempat yang kita sedang sapu(aku pun tak pasti pasal ni,nak tahu lebih lanjut,tanya lah ustaz atau ulama')
hahaha,walaupun aku dah tahu kisah ni,tapi,yelah aku ni kan hamba Allah yang banyak melaku kan kesilapan,tetap membunuh semut dengan cara yang agak kejam (bukan bakar yer,harap maklum),kerana berlaku sedikit salah faham dengan semut,yang selalu mencuri makanan aku dengan tanpa rasa bersalah(semut mana ada akal bang),kalau korang nampak semut dah kerumun makanan korang yang lebihan tu,anggap la ianya 1 sedekah pada kumpulan semut tersebut,Kemungkinan semut2 tersebut mendoa kan korang,agar dimasukkan kedalam syurga,dan dimurah kan rezeki,masya-Allah,cuba korang bayang kan berjuta semut termasuk pemaisuri and raja nya mendoa kan korang,pergh,mahu tak melimpah ruah rezeki korang,dan korang jangan tak tahu,amalan pahala yang sekecil,yang korang anggap tak seberapa tu,mampu memberat kan dacing kebaikkan dan melayakkan kan korang masuk ke syurga,hehehe,jadi,mulai hari ni,kalau nampak semut tu,berbuat la kebaikkan dengan mereka,hahaha~ =P
Semut ni bukan sekadar untuk menolong korang menghabis kan makanan yang terbazir dan untuk mengelak kan syaitan makan makanan yang bazir itu,malah mereka boleh detect korang kena kecing manis atau tidak,cuba la pancut air kencing korang dekat mana2,dan tengok,banyak tak semut,kalau banyak tu,kurang2 kan lah gula yer(selamat mencuba) =D

Malam ni aku nampak bulan sabit yang cantik dan indah ciptaan Allah s.w.t,akan tetapi semasa aku sedang menghadap computer,aku akan pandang bulan itu setiap 10 minit atau 5 atau 7 minit,dan aku sedar bulan itu yang pada mula nya,meninggi dan sukar untuk tengok jika duduk dalam bilik,seperti mula menurun bagai hendak turun ke tanah,bagaimana begitu cepat bulan bergerak dalam masa 2 jam atau kurang,sedang kan semasa aku menulis blog ini,malam masih muda,dan baru bukul 10.30 malam,tetapi bulan itu mula menghilang seperti matahari yang terbenam semasa senja,adakah pada pukul 12.00 pagi ini,bumi Malaysia akan terang dengan cahaya matahari pula??
Itu aku tak tahu,itu semua kuasa Allah

 atau aku tak tahu,yang bulan memang sekejap sahaja muncul pada malam hari nya???(hahaha,begitu jahil nya aku)
dan masa aku sedang menulis,bulan itu telah hilang dari pandangan aku,dengan sekelip mata,Wow!!,sekejap nya,aku rasa tidak sampai setengah jam aku usya bulan tu,sudah hilang terus??
Pada pandangan aku,mungkin bulan akan muncul kembali dalam pukul 1 pagi atau 2 pagi,tapi aku tidak pasti lah,hmmm
Cerita pasal bulan ni,kalau ikut orang dahulu,kalau hendak menerang kan betapa cantik nya seorang perempuan itu,mereka akan describe kan wajah nya cantik dan jelita seperti bulan yang sedang mengambang itu,yelah,bulan kan nampak cantik,tapi bagi orang sekarang,kalau nak describe,seorang wanita tu,dah tak boleh diumpama kan sebagai bulan lagi dah,sebab nya,baru orang tahu yang bulan itu banyak lubang2,seperti muka yang penuh dengan jerawat,haha
Tapi bagi aku,bulan itu tetap indah,sehingga kan keindahan nya,kalau tidak silap aku,pernah dicerita kan oleh Nabi Muhammad s.a w atau Dicerita kan di Dalam Al-Quran,Wallahualam,sebab nya aku tidak berapa ingat,dimana aku dengar
Selain itu bulan ni,ada kegunaan nya tau,aku dengar kawan aku cerita laa masa time sekolah2 dulu,diorang cakap bulan,seperti mengawal graviti badan kita,dan kata mereka,dibulan ada graviti yang mengimbangi graviti bumi,kalau tiada bulan,maka,kita akan merasa sangat2 berat,kerana daya tarikkan graviti bumi,selain itu,mereka ada kata lagi,bulan ni,dia seperti ada kaitan dengan air pasang surut dilaut(haha,banyak juga fakta2 yang aku tak tahu lagi pasal bulan ni),hmm,wallahualam
Selain itu bulan juga boleh dijadi kan penyuluh kita semasa jalan ditempat yang gelap,cahaya bulan boleh tahan juga terang nya,hehe
Korang pernah dengar Gerhana Bulan??
Kalau korang tak pernah tengok gerhana bulan,haaa,kat atas ni lah dia rupa gerhana bulan yang penuh,kalau berlaku nya gerhana bulan macam ni,biasa nya,orang2 Islam diseluruh dunia yang nampak gerhana bulan ini akan membuat solat sunat gerhana bulan,dan ada doa nya sekali,aku tak pernah buat solat sunnat ni,sebab nya,aku selalu miss gerhana bulan ni,pergh,rugi beb,sebab kenapa,orang lakukan solat sunnat gerhana,ni aku tak tahu,atau aku dah lupa,hmmm,tapi ada benda yang baik berlaku disebalik gerhana bulan ini,sehingga kan Allah menyuruh kita menyembah nya,semasa berlaku nya gerhana bulan ni,mungkin doa kita semasa gerhana akan dikabul kan oleh Allah,mungkin,hehehe,nak tahu lebih detail,tnya lah ustaz or ulama',diorang ni banyak ilmu,nak dibanding kan aku dengan mereka,jauh beza nya,huhuhu,sampai disini sahaja laa,kang cakap lebih2 takut tersalah cakap,uhuhu,adios~

 BY:-Alif Afiq




About This Blog


Hello!
✌
Blog ini dibuat khas untuk menceritakan tentang kami, iaitu saya,Nabilah dan Alif Afiq. Blog ini jugak boleh jadi tempat kami melepaskan geram dan juga tempat meluahkan pendapat dan bercerita benda-benda yang fun. Dekat sini kami nak kongsi pengalaman kami juga.

❝Lepak santai berborak sakan memang kerja kami.Hehe.❞

❝We love to talk a lot and laughing is our new policy.❞

Tik Tok

Blog Archive

Jom Sembang!



♪ ♫ ♬ ♪ ♫


Mushi & Teddy™ Inc Corp. Powered by Blogger.